Masa perjalanan dari bandar saya (puchong,selangor) ke kelantan agak lama, lebih kurang 9 jam....semasa perjalanan sayamelihat luar kerana saya tidak dapat tidur pada milasa itu, kerana saya asyik bertanya-tanya pada diri sendiri "is this my life"??atau adakah saya betul-betul nak meninggal rumah saya dan meneruskan kehidupan saya.........4 TAHUN!!! di UMK?? iaitu Universiti Malaysia Kelantan....Fikiransaya semakin rumitdan saya semakin keliru akan pilihan saya kerana saya sangat takut akan pilihan yang saya memilih adalah salah, dan saya berasa sangat sejuk lalu tertidur. Pada pukul 6 setengah, saya dikejutkan oleh ibu saya, kerana akhirnya kita sudah sampai ke bus station Kota Bharu. Selepas angkat semua barang turun dari bas, kami semua menunggu senior yang membekalkan perkhidmatan teksi untuk membawa kami pergi ke universiti. Akhirnya, kami sudah sampai ke UMK!! Saya ingat sayalah orang yang pertama tiba, tetapi apabila saya masuk ke dalam UMK, saya nampak banyak mahasiswa dan mahasiswi telah sampai ke UMK lebih awal daripada saya. Pada pukul 9 pagi, sesi pendaftaran telahpun bermula, saya berasa agak bosan pada sesi pendaftaran ini kerana banyak jenis pendaftaran perlu dijalankan. Selepas sesi pendaftaran, masanya agak kurang pukul 11setengah, keranasaya sudah selesai pendaftaran, jadi saya "FREE"!!"AHAHA" boleh tidur sudah kerana saya sangat letih....adui....jadi saya ambil barang saya dan masuk ke bilik saya, saya juga jemput ibu bapa saya untuk datang ke bilik saya, selepas perletakan barang saya, kita semua pun tidur, kerana sangat letih!! Pada pukul 4 setengah, saya sudah tahu bahawa masanya saya akan berpisah dengan ibu bapa saya.....ahkirnya pukul 5 dah...masanya saya mengucap "Goodbye" dengan ibu bapa saya, keadaan semasa itu sangat tegang, tetapi ibu saya asyik memberi nasihat, selepas itu ibu bapa saya beredar, semasa mereka beredar,apabila saya nampak bayang mereka semakin kurang, saya tahu bahawa saya tidak lagi boleh mengawal emosi saya dan akhirnya air mata saya mengalir keluar...............................................Jadi kehidupan saya bermula pada saat ini..............................................................
TO BE CONTINUED......
No comments:
Post a Comment